LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MEMBUAT BIDAAN LELONG HARTANAH

  1. Dapatkan dahulu Dokumen Pengisytiharaan Jualan (Proclamation of Sales) dan Terma-terma Jualan(Condition of Sales).Semak dengan teliti segala data berkaitan dengan baki tempoh pajakan sekiranya "Leasehold", Kaveat Persendirian, Status Bumiputra, Tunggakan baki yang perlu dibayar. Luangkan masa bagi melihat hartanah tersebut.
  2. Setelah berpuas hati terhadap hartanah tersebut,Dapatkan nasihat dari KAMI (017 286 0057) mengenai Harga Pasaran Semasa bagi mengelakkan kerugian sewaktu bidaan dilakukan. Sediakan Bank Draft untuk Deposit yang ditetapkan mengikut bank atau pelelong iaitu 2%, 5% atau 10% daripada Harga Rizab.
  3. Sewaktu bidaan cuba elakkan daripada terpengaruh dengan tawaran pembida-pembida yang bertarung sesama anda daripada segi emosi. sekiranya ianya terjadi anda akan menjadi manusia yang agak MALANG, ini adalah kerana anda boleh membeli hartanah itu mungkin lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh pihak penjual melalui skil perundingan dan tawar menawar di luar sana tanpa menghadiri acara lelongan awam tersebut.
  4. Manakala bagi mereka yang baru kali pertama mengikut acara lelongan cuba elakkan bercampur dengan ejen-ejen atau "ulat-ulat" bagi mengelakakn spekulasi terhadap hartanah yang anda ingin dapatkan itu.
  5. Setelah berjaya membida terhadap sesuatu lelongan hartanah, kembali kepada bank melelong serta peguam lelongan bagi memudahkan kelancaran urusniaga. Perlu diingatkan 120 hari adalah merupakan masa singkat, justuru itu dapatkan jururunding yang berpengalaman(seperti Kami) bagi membantu anda dalam soal pinjaman, peguam, tukar nama dan sebagainya, ini untuk mengelakkan deposit anda hangus, jika anda terlewat.

SENARAI HARTANAH LELONG

Sekiranya anda memerlukan Khidmat Nasihat dan Latihan daripada kami, anda hanya perlu SMS atau email pada kami butiran-butiran seperti berikut:

Nama Anda & No tel: 

Kawasan yang dicari: 

Jenis Hartanah :(Teres, Banglo,Condominium, Penthouse, Office, Kedai, Appartment, Flat, atau Tanah yang anda kehendaki.)

Budget : RM ????

Untuk Keperluan: (Tempat tinggal, sewa, perniagaan atau pelaburan.)


Make a Free Website with Yola.